Proton Lekiu
Memperkenalkan inilah dia Proton Lekiu, salah 1 dari 5 model Proton 'pahlawan
melayu Melaka' yang dipamerkan di KLIMS 2010 baru-baru ini.
Konsep Proton Lekiu ini diadaptasi dari Proton Exora tetapi dalam bentuk
SUV (Sport Utility Vehicle). Bentuk depan model Proton Lekiu ini hampir sama
dengan Proton Exora.
Menurut sumber, Proton dan Lotus Engineering akan membangunkan model SUV
untuk pasaran Eropah. Walaubagaimanapun, tak dapat dipastikan lagi sama
ada model Proton Lekiu ini akan dipasarkan atau tidak
Lampu belakang Proton Lekiu ini nampak seakan-akan Proton Exora. Cuma
bahagian belakang Proton Lekiu ini nampak lebih tinggi berbanding Proton Exora.
Selain sesuai untuk aktiviti lasak, Proton Lekiu ini juga sesuai untuk mereka
yang berkeluarga. Dengan ruang dalamannya yang luas tiada masalah
untuk membawa barang yang banyak
Apa pendapat anda tentang model ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan