Proton Kasturi
Memperkenalkan inilah dia Proton Kasturi yang di adaptasi dari Proton Saga R3
yang merupakan salah 1 dari 5 model yang dinamakan mengikut nama pahlawan
melayu Melaka.
Model Proton Kasturi ini dipamerkan di KL International Motorshow 2010
baru-baru ini bersama Proton Tuah, jebat, Lekir dan Lekiu.
Ini adalah pandangan dari hadapan model Proton Kasturi ini. Kelebaran model
ini agak pendek sedikit kerana ia mengikut ukuran kelebaran Proton saga BLM.
Secara kasar Proton Kasturi ini hampir sama dengan model Proton Sage
R3 cuma tema Proton Kasturi ini adalah hitam dan putih.
Bukan sahaja permukaan luar Proton Kasturi sahaja bertemakan hitam dan
putih tetapi juga ruangan dalamannya dari dashboard sehinggalah ke kusyennya.
Meter Proton kasturi ini nampak ringkas tetapi yang pasti ianya membantu
penglihatan pemandu melihat meter ketika cuaca gelap.
Terdapat lampu cahaya LED pada bahagian belakang model Proton Kasturi
ini bagi membantu memberi pengcahayaan tambahan ketika cuaca berkabus.
Rimnya pula berjari 10 dengan saiz 18 inci. Dari jauh memang nampak
mengancam sekali model ini. Secara purata, tak jauh beza Proton Kasturi ini
dengan Proton Saga R3.
Cuma warna temanya hitam putih itu menampakkan seolah-olah model
ini 'kereta zombie' pula..
Apa pendapat anda tentang model in....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan