Khamis, 23 Disember 2010

KERETA PERODUA - PERODUA BEZZA

Perodua Bezza



Perodua telah memperkenalkan model prototaip generasi masa depan yang 
di berikan nama Perodua Bezza. Perodua Bezza ini telah di perkenalkan di
 pameran KLIMS baru-baru ini.


Perodua Bezza ini adalah kenderaan yang ideal untuk generasi Y yang
 mencari kenderaan yang lebih besar dan cekap merentasi hutan 
konkrit dan untuk perjalanan yang jauh.



Lampu bahagian hadapan Perodua Bezza ini nampak garang ketika 
lampu dipasang. Walaubagaimanapun bahagian depan model ini nampak
 ringkas tetapi masih menawan.



Ruang dalamannya pula menampakkan ciri-ciri futuristik dengan sentuhan
 moden. Penggunaan LED biru laut memberi nyalaan yang terang kepada 
meter. Sterengnya pula kelihatan bebentuk 4 segi.



Pintu di bahagian hadapan dapat di buka hampir 90 darjah manakala pintu 
belakang berbentuk sliding door yang perlu di tarik kebelakang untuk di buka
Ini memudahkan penumpang untuk keluar dari kereta ini. 





Bahagian belakang Perodua Bezza ini nampak bergaya sekali terutama 
di bahagian lampu belakang dan skirting. Memang menepati konsep kereta
 masa hadapan yang di canangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan