Proton Jebat
Proton telah menghasilkan 5 model kereta baru bercirikan masa depan. Setiap
model dinamakan mengikut nama pahlawan melayu Melaka.
Model yang diberi nama Proton Jebat ini yang di inspirasikan dari Mitsubishi
Lancer Evolution dipamerkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur
2010 (KLIMS 2010) baru-baru ini.
Pastinya bakal pemilik Proton Inspira teruja melihat model baru ini kan. Yelah
dari dapat Proton Inspira yang ala-ala Lancer baik beli Proton Jebat ini
yang ala-ala Lancer Evolution.
Tapi bakal pembeli Proton Inspira tidak perlu bimbang kerana tidak dapat di pastikan
lagi sama ada model ini akan di pasarkan atau tidak.
Kerusi di bahagian hadapan adalah kerusi berjenama Recaro yang di
datangkan bersama jalur merah yang nampak garang.
Di hadapan dan belakang model ini dilitupi warna hitam sesuai dengan jalur
hitam di bawah pintu bagi menampakkan ciri-ciri sebuah kereta racing.
Di tambah pula dengan spoiler di bahagian atas bonet memang nampak mengancam.
Apa pendapat anda tentang model Proton Jebat ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan