Khamis, 23 Disember 2010

Proton Lekir


Memperkenalkan inilah dia Proton Lekir, salah 1 dari 5 model kereta Proton
 yang diberikan nama mengikut nama pahlawan melayu Melaka yang 
dipamerkan di KLIMS 2010 baru-baru ini. 

Konsep Proton Lekir ini diambil dari Lotus Eropah. Tak dapat di pastikan
 lagi adakah model ini akan dipasarkan di masa akan datang.

Jika model ini dipasarkan, persoalan yang timbul ialah adakah harganya
 dapat di terima oleh rakyat Malaysia? Biasanya kereta Eropah berharga R
M100 000 ke atas. 


Jika di lihat dari hadapan, model ini nampak 'unik'. Sekali pandang macam 
berudu pun ada. Bahagian hadapan kereta ini nampak ringkas dan kosong 
tanpa ciri-ciri yang istimewa.



Ruang dalamannya menggunakan tema berwarna oren. Jika diperhatikan,
 dashboard Proton Lekir ini nampak klasik. Walaubagaimanapun masih awal 
untuk memperkatakan setiap ciri-cirinya.






Secara keseluruhan, model Proton Lekir ini nampak menarik. Pastinya akan
 memenuhi citarasa peminat kereta sport 2 pintu.

Namun Proton harus mengkaji dulu permintaan kereta sport di malaysia ini dan
 pastinya harga juga memainkan faktor yang penting sama ada rakyat mampu
 memilikinya atau tidak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan