Khamis, 22 Disember 2011

"KEUNIKAN MALAYSIA" DALAM WANG KERTAS MALAYSIA 2012

WANG KERTAS MALAYSIA 2012

Seperti yang sedia maklum, Bank Negara Malaysia baru sahaja melancarkan duit syiling dan duit kertas baru Malaysia pada hari ini. Duit syiling akan mula digunakan pada awal tahun hadapan manakala duit kertas akan mula digunakan dalam bulan Julai 2012. Wang kertas terbaru ini bertemakan “Keunikan Malaysia” yang memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Ia terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. Berikut adalah beberapa gambar dan fakta menarik tentang duit kertas baru Malaysia yang itu.


Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar

Wang kertas baru Malaysia
Spesifikasi Teknikal Duit Kertas Baru Malaysia



DenominasiSubstratDimensiWarna
RM100Kertas150mm X 69mmUnggu
RM50Kertas145mm X 69mmHijau – biru
RM20Kertas145mm X 65mmJingga
RM10Kertas140mm X 65mmMerah
RM5Polimer135mm X 65mmHijau
RM1Polimer120mm X 65mmBiru



Ciri-ciri Am Duit Kertas Baru Malaysia
''Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional.
Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia''.
Untuk duit kertas baru Malaysia kali ini, denominasi RM20 mula digunakan semula setelah diberhentikan beberapa tahun dahulu. Mungkin berita gembira buatr kanak-kanak kerana mereka mungkin akan dapat duit raya RM20 pada tahun hadapan. Berikut adalah sedikit penerangan tentang duit kertas yang baru dilancarkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi.


Wang Kertas RM100 – Keajaiban Alam Semula Jadi

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adlaah alam semula jadi yang sangat mengagumkan dan membanggakan Malaysia.


Wang Kertas RM50 – Pertanian dan Teknologi


Pada wang kertas RM50, gambar kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan boleh dibanggakan. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.


Wang Kertas RM20 – Hidupan Laut


Setelah sekian lama duit RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar keindahan dan hidupan laut di Malaysia. Duit kertas baru RM20 ini memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea). Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.


Wang Kertas RM10 – Flora


Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bunga ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.


Wang Kertas RM5 – Hidupan Liar


Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.


Wang Kertas RM1 – Sukan Tradisional


Wang kertas RM1 masih mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.Sempena pengeluaran wang kertas baru Malayia ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit kertas peringatan yang dijual bermula pada esok hari, 22 Disember 2011 di tempat-tempat yang terpilih

Ahad, 27 November 2011

Selasa, 12 April 2011

ANCAMAN PENUBUHAN IFC DIMALAYSIA

Apa itu IFC(Inter Faith Commission)
IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.
Matlamat Penubuhan IFC 

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.
Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam
1.
Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2.

Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. 
Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4.
Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam
5.


Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6.
Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7.

Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..
8.

Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9.
Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. 
Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11.
Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12.

Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13.

Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. 
Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Ancaman Utama IFC terhadap Islam
1.
Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.
2.
Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.
3. Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.
4. Orang-orang Islam bebas untuk murtad.
5.IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.
Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.

Selasa, 29 Mac 2011

JOM LAWAT KOMPLEKS MENCETAK AL-QURAN

A little description of this complex is it is build on 2,500 square meters, and every year 1 core copies will be printed in 50 languages, out of which 95% is distributed around the world for free and only 5% will be sold on cost at the complex sales counter.

It has a staff of 1700 people out of which 800 people are examiners; each copy of Quran printed in complex is examined by 3 examiners one after the other before it comes out of the complex.
Photos of HOLY QUR'AN PRINTING COMPLEX, MADINA MUNAWARA:




Sabtu, 26 Mac 2011

Rasulullah Bertanya Kepada Malaikat Jibril Tentang Api Neraka.


                                                              Gambar hiasan


Dikisahkan bahawa Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril tentang api neraka, berkata
Rasulullah : Wahai Jibril! Beritahu kepada ku tentang api neraka.
Jibril : Ya, Muhammad, sebenarnya api neraka itu berwarna hitam pekat, andaikata kalau api itu jatuh ke atas bumi ini walaupun sebesar lubang jarum nescaya akan terbakarlah bumi ini. Dan tentang baju neraka pula, kalau baju neraka itu digantungkan antara langit dengan bumi nescaya akan mati semua penduduk bumi disebabkan bau busuk yang paling dasyat.
Kemudian Jibril berkata lagi…..
Jibril : Wahai Muhammad, kalau malaikat yang Sembilan belas itu turun ke bumi sudah tentu akan mati semua penduduk bumi sebab bentuk mereka yang sangat menggerunkan, dan kalau satu pergelangan dari lantai neraka jatuh ke bumi, ia akan menembus ke dalam 7 petala bumi.
Apabila Rasulullah mendengar penjelasan dari Jibril baginda pun berkata…
Rasulullah : Hasbi ya Jibril (cukuplah hai Jibril).
Lalu Rasulullah menangis dan diiringi dengan tangisan Malaikat Jibril. Apabila Rasulullah melihat Jibril menangis maka Rasulullah pun bertanya..
Rasulullah : Wahai Jibril!, mengapa kamu menangis padahal kedudukan kamu sangat mulia di sisi ALLAH SWT?
Jibril : Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin keamananku, walaupun kedudukan aku sangat dekat dengan ALLAH SWT, tetapi aku takut kalau ALLAH SWT hendak merubahkan aku atau hendak mengujiku sebagaimana Harut dan Marut dan Iblis yang terkutuk itu.
Walaupun kedudukan Malaikat Jibril sangat dekat dengan ALLAH, ia tetap menangis kerana takut kepada ALLAH SWT.