Sabtu, 15 Januari 2011


(Gambar) Kereta Polis Peronda Mitsubishi Evolution 10



Dengan kemunculan kereta peronda polis versi Mitsubishi Evolution 10, pemilik kereta Wira & Kancil modified mungkin boleh melupakan niat mereka untuk bermain cucuk-mencucuk di’lebuh raya. Bukan apa, dengan mudah sahaja anda akan di’ayam-ayamkan oleh pemandu kereta polis ini.
Mempunyai 5 kelajuan gear, namun boleh di’maksimumkan kepada 6 kelajuan jikalau di’lengkapi twin-clutch, boleh membuatkan pemilik wira turbo & kancil modified terkesima sebentar di’kejar polis. Pesanan OHBULAN!, anda boleh memecut di’lebuh raya, tetapi pastikan kereta anda adalah jenis Toyota Celica & seangkatannya.
SEJARAH RINGKAS PASAL AIR ZAM-ZAM..
Umat Islam percaya telaga zam-zam ditemui oleh Siti Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Allah menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti Hajar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud 'kepung air'. Ketika itu Mekah belum ada penduduk.
Datuk Nabi Muhamad s.a.w bernama Abdul Muttalib telah menjaga, mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah zaman pra Islam.
Perkataan "zamzam" dipercayai berasal daripada ungkapan "zomk-zomk" bermakna "berhenti mengalir" - yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang berhamburan keluar.
Menurut hadis, Abu Tharr Al-Ghifari, sahabat Nabi Muhammad S.A.W, berkata semasa beliau mula-mula tiba di Mekah pada zaman permulaan Islam, beliau hidup dengan meminum air zamzam selama sebulan.


TELAGA AIR ZAM-ZAM..

Telaga zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13 meter.
Ujian mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit.


telaga air zam-zam sekarang

Resigzed ImageKlik Di Sini Untuk Zoom
 

telaga asal air zam-zam

Resigzed ImageKlik Di Sini Untuk Zoom


mata air zam-zam



Kalsium Ionik Mutiara ZamZam VS Kalsium Sintetik Biasa


http://www.youtube.com/watch?v=PDmYXALykJA&feature=player_embedded


PERBEZAAN MOLEKUL AIR YANG DIUCAPKAN KATA2 BAEK & MOLEKUL AIR YANG DIUCAPKAN KATA2 BURUK..





Air yang disebut padanya kata-kata yang tidak baik ataupun gambar-gambar yang tidak baik





Bentuk-bentuk kristal yang terbentuk pada air yang diucapkan dengan kata-kata yang baik ,ayat al-quran dan selawat



PERBEZAAN MOLEKUL AIR DIATAS DGN MOLEUL AIR ZAM-ZAM...



Molekul air zam-zam



Molekul air yg diucapkn kata2 baek



Molekul air yg diucapkn kata2 yg x elok



Resigzed ImageKlik Di Sini Untuk Zoom


KELEBIHAN AIR ZAM-ZAM

-air trbaek di atas muke bumi ni...
-bleh menyembuhn pelbgai penyalit DGN IZIN ALLAH...
-diberkati dan mengeyangkn peminumnya...
-mampu menyempurnakn hajat peminumnya DGN IZIN ALLAH...
-Allah mnjdikn air zam-zam sbgai penyebab pmbangunan dn kemajuan bumi Makkah dan juga kewujudan Baitullah di bumi itu...
-antara mata air syurga...
-antara tanda kekuasaan Allah di muka bumi ni...
-antara nikmat besar dn manfaat yg dpt dilihat di Tanah Haram Makkah...
-ia keluar dr kawasan pling mulia di muka bumi...
-minuman org yg mulia(al-Abrar).menambah kekuatan bdn...
-air yg terpilih utk menyucikn hati Rasulullah s.a.w beberapa kali...
-tidak kering walau jutaan manusia tlh meminumnya sjk zaman Ibrahim a.s hingga kiamat...
-bertambah keberkatannya dgn ludahan Rasulullah s.a.w kedlmnya...
-byk meminum air zam-zam merupakan tanda iman dan bebas drpd munafik(kerna orng munafik tidak mmpercaya kelebihannya... 

Khamis, 13 Januari 2011

Air Asia incident di KCH


Mungkin tidak akan diperolehi informasi ini di media tempatan.  Berikut adalah gambar-gambar kapalterbang Air Asia yang terbabas ketika pendaratan malam tadi (Selasa malam 11 Januari 2011) di Kuching.  Mujurlah dengan pertolongan Allah aircraft itu tidak meletup dan tiada kemalangan jiwa. Secara logicnya aircraft itu boleh terbakar kerana enjinnya telah mencecah tanah. Airport Kuching sehingga kini masih ditutup kerana kerosakan yang teruk di landasan.











Rabu, 12 Januari 2011

TEKA TEKI YANG PERLU DIKETAHUI UNTUK MENAMBAHKAN IMAN DALAM DIRI KITA SEBAGAI SEORANG YANG MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI DUSTUR DAN IA BOLEH MENJADI MODAL UNTUK KITA MENGETAHUI RAHSIA-RAHSIA KEHIDUPAN DAN RAHSIA-RAHSIA AL-QURAN YANG MASIH TERLALU BANYAK UNTUK KITA CUNGKIL SATU-PERSATU.

45 SOALAN YANG DITANYA OLEH PENDETA YAHUDI KEPADA WALIYULLAH ABU YAZID AL-BASTOMI RADIALLAHUANHU KETIKA MANA BELIAU BERADA DALAM MAJLIS KEAGAMAAN AGAMA YAHUDI, DAN DALAM MAJLIS TERSEBUT PENDETA-PENDETA SERTA PADERI-PADERI TELAH HADIR UNTUK MERAYAKAN DAN MENUNAIKAN IBADAH KORBAN.SOALAN-SOALAN ITU IALAH :-

1. Apakah satu yang bukannya dua?

1. Satu yang bukan dua adalah ALLAH SWT yang tidak ada sekutu bagi-Nya

2. Dua yang bukan tiga?

2. Dua yang bukan tiga adalah siang dan malam. Firman Allah SWT:
Maksudnya:
Dan kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami) Surah Al-Isra’ : 12

3. Tiga yang bukan empat?

3. Tiga yang bukan empat adalah Arasy, Kursi dan Qalam (pen).

4. Empat yang bukan lima?

4. Empat yang bukan lima adalah kitab yang diturunkan oleh Allah iaitu; Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Lima yang bukan enam?

5. Lima yang bukan enam adalah ibadat fardhu sembahyang yang diwajikan ke atas setiap Muslim dan Muslimah.

6. Enam yang bukan tujuh?

6. Enam yang bukan tujuh adalah enam hari seperti mana firman Allah SWT di dalam Al-Quran:
Maksudnya:
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam hari, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah. Surah Qaff : 38
7. Tujuh yang bukan lapan?

7. Tujuh yang bukannya lapan adalah tujuh lapisan langit seperti mana firman Allah SWT:
Maksudnya:
Dialah Allah yang telah mengaturkan kejadian tujuh lapisan langit. Surah Al-Mulk : 3

8. Lapan yang bukan sembilan?

8. Lapan yang bukannya sembilan adalah malaikat yang menanggung Arasy Allah sebanyak lapan malaikat dengan firman-Nya:
Maksudnya:
Dan Arasy Tuhan-mu pada saat itu dipikul oleh lapan Malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu. Surah Al-Haqqah : 17

9. Sembilan yang bukan sepuluh?

9. Sembilan yang bukannya sepuluh adalah sebuah Madinah (kota) yang telah didiami oleh sembilan keturunan yang melakukan fasad (kerosakan) di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT:
Maksudnya:
Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu, ada sembilan orang yang semata-mata melakukan kerosakan di muka bumi (dengan berbagai-bagai maksiat) dan tidak melakukan kebaikan seikit pun. Surah An-Naml : 48

10. Sebutkan sepuluh yang bukan sebelas?

10. Sepuluh yang bukan sebelas adalah kewajipan yang ditunaikan di Mekah dan diwajibkan ketika menunaikan ibadat haji. Firman Allah SWT:
Maksudnya:
Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh hari yang sempurna. Surah AL-Baqarah : 196

11. Sebutkan sebelas yang bukan dua belas?

11. Sebelas yang bukan dua belas adalah saudara-saudara Nabi Yusuf AS. (sebelas orang tidak termasuk Nabi Yusuf AS)

12. Sebutkan dua belas yang lengkap?

12. Dua belas yang lengkap adalah dua belas keturunan dari kalangan Bani Israel. Firman Allah SWT:
Maksudnya:
Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israel (supaya mereka menjunjung perintah-Nya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka ua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing) Surah Al-Maidah : 12


13. Juga mengenai tiga belas?

13. Mengenai tiga belas adalah apa yang dilihat oleh Nabi Yusof dalam mimpinya. Firman Allah SWT:
Maksudnya:
Ketika Nabi Yusuf AS berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, aku melihat mereka tunduk memberi hormati kepada-Ku” Surah Yusuf : 4

14. Sebutkan empat belas yang bercakap dengan tuhan sekalian alam?

14. Empat belas yang berkata-kata dengan Allah adalah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi selepas dicipta-Nya, Allah bertanya kepada mereka sama ada mereka akan menghadap dan menyembah Allah dengan cara taat atau secara paksaan, maka mereka menjawab yang mereka akan datang kepada Allah dengan cara taat. Firman Allah SWT:
Maksudnya:
Kemudian Dia menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kapadanya dan kepada bumi; “Turutlah kamu berdua akan perintah-Ku, sama ada dengan sukarela atau dngan paksa!” Keduanya menjawap; “Kami berdua sedia menurut patuh dengan sukarela”) Surah Fussilat : 11

15. Sebutkan kaum yang berdusta tetapi dimasukkan di dalam syurga.

15. Kaum yang berdusta tetapi dimasukkan ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusof AS. Firman Allah SWT:
Maksudnya:
Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula mlumurkan baju Yusuf dengan darah palsu Surah Yusuf : 18

16. Sebutkan pula kaum yang benar tetapi dimasukkan di dalam neraka?

16. Kaum yang mempercayai dan membenarkan akan tetapi dimasukkan ke dalam neraka adalah orang-orang Yahudi dan Nasrani. Firman Allah SWT:
Maksudnya:
Dan orang-orang Yahudi berkata: “Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar)”, dan orang-orang Nasrani pula berkata: “Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar). Surah Al-Baqarah : 113 Mereka ini membenarkan dan mempercayai-Nya dan dimasukkan ke dalam neraka

17. Khabarkan di mana letaknya roh dalam jasad?

17. Letaknya roh dalam jasad dan kedudukannya adalah di antara dua telinga dan di bahagian muka.

18. Apakah dia Zariatul Zarwa?

18. Zariatul Zarwa adalah angin yang empat. Iaitu dari mata angin yang empat; utara, selatan, timur dan barat.


19. Sebutkan pula mengenai Haamilatul Waqra (kandungan yang semakin berat)?

19. Hamilatul Waqra (kandungan yan semakin berat) adalah awan.

20. Apa itu Jariatul Yusra (perjalanan yang mudah)?

20. Jariatul Yusra (perjalanan yang mudah) adalah sampan atau kapal yang bergerak di atas air.

21. Juga mengenai Muqassimatul Amra (menyumpah melakukan sesuatu perkara)?

21. Muqassimatul Amra (menyumpah akan melakukan sesuatu) adalah malaikat yang senantiasa bersumpah dan mendoakan kepada manusia supaya diberikan rezeki oleh Allah iaitu pada malam lima belas bulan Sya’aban.

22. Khabarkan sesuatu yang bernafas tetapi tidak mempunyai roh?

22. Sesuatu yang bernafas tetapi tidak mempunyai roh adalah fajar subuh.

23. Khabarkan kubur yang bergerak membawa tuannya?
23. Kubur yang bergerak membawa tuannya adalah ikan paus yang telah menelan nabi Allah Yunus dan membawanya merentas tujuh lautan.

24. Khabarkan mengenai air yang tidak keluar dari tanah dan tidak turun dari langit?

24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi adalah air yang dihadiahkan oleh Puteri Balqis kepada Nabi Sulaiman AS merupakan satu tempayan air yang diambil dari peluh kuda.

25. Khabarkan mengenai empat perkara yang bukan dari kalangan jin, manusia, dan malaikat, dan tidak pula keluar dari salbi ayah dan rahim ibu?
25. Empat perkara yang bukan dari kalangan jin, manusia dan malaikat serta tidak keluar dari salbi ayah dan rahim ibu adalah Kibas (kambing) yang diganti sebagai korban kepada nabi Ismail AS dan tongkat nabi Musa AS serta Adam dan Hawa.

26. Sebutkan mengenai darah pertama yang mengalir di atas muka bumi ini?

26. Darah pertama yang mengalir di atas muka bumi ini adalah darah Habil yang telah dibunuh abangnya, Qabil.

27. Sebutkan mengenai sesuatu yang diciptakan oleh Allah dan memperingati kita supaya senantiasa berjaga-jaga dengannya?

27. Sesuatu yang diciptakan Allah kemudian Dia menyuruh kita berjaga-jaga kepadanya adalah tipu daya dan helah perempuan. Sebagaimana firman Allah Taala:
Maksudnya:
Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan, sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya. Surah Yusuf : 28
28. Sebutkan mengenai satu kejadian Allah kemudian menjelikkan dan memburukkannya?

28. Satu kejadian Allah, kemudian Dia memburukkan dan menjelikkannya adalah suara keldai. Firman Allah:
Maksudnya:
Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai Surah Luqman : 19

29. Sebutkan mengenai sebaik-baik wanita?

29. Sebaik-baik wanita ialah Hawa, Sayyidatina Khadijah, Sayyidatina Aishah, dan Asiah isteri Firaun serta Maryam binti Imran (ibu kepada Nabi Isa AS)

30. Sebutkan juga sebaik-baik sungai?

30. Sebaik-baik sungai adalah Sungai Sihun,Sungai Jihun, Sungai Furat dan Sungai Nil.

31. Khabarkan sebaik-baik bukit?

31. Sebaik-baik bukit adalah Bukit Thursina (tempat Nabi Musa bermunajat sehingga diturunkan kitab yang pertama iaitu kitab Taurat).

32. Sebaik-baik binatang?

32. Sebaik-baik binatang ialah kuda.

33. Apakah sebaik-baik bulan?

33. Sebaik-baik bulan ialah bulan Ramadhan.

34. Apakah dia sebaik-baik malam?

34. Sebaik-baik malam adalah malam Lailatul Qadar yang mana kebaikannya menyamai kebaikan seribu bulan jioka kita beramal pada malam tersebut.

35. Khabarkan apakah sesuatu yang mulanya adalah tiang kemudian bertukar dan mempunyai roh?
35. Sesuatu yang mulanya adalah tiang kemudian bertukar dan mempunyai roh? Jawabnya adalah tongkat nabi Musa AS. Firman Allah SWT:
Maksudnya:
Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?(17) Nabi Musa menjawb; “Ini adalah tongkatku, aku bertekan atasnya semasa berjalan dan aku memukul dengannya daun-daun kayu agar gugur kepada kambing-kambingku dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu.(18) Allah telah berfirman: “Campakkan tongkatmu wahai Musa!”(19) Lalu dia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.(20) Surah Tooha : 17-20

36. Apakah pokok yang mempunyai dua belas dahan dan setiap dahan itu mempunyai tiga puluh helai daun serta setiap daun ia mempunyai lima kuntum bunga, dua daripadanya terang seperti matahari dan tiga daripadanya gelap gulita?
36. Pokok tersebut ialah tahun. Manakala dua belas dahan bermaksud dua belas bulan dan tiga puluh daun bermaksud, dalam sebulan ia mempunyai tiga puluh hari. Lima kuntum bunga adalah fardhu sembahyang lima waktu, dua waktu dikerjakan di sebelah siang dan tiga waktu lagi dikerjakan di sebelah waktu malam.

37. Sebutkan mengenai sesuatu yang mengerjakan haji di Baitullah dan dia tidak mempunyai roh dan tidak pula diwajibkan ke atasnya?
37. Adalah kapal (bahtera) Nabi Nuh AS. Di mana mereka telah pergi mengerjakan haji sewaktu banjir besar dan taufan.

38. Sebutkan berapakah jumlah para Nabi yang diutuskan oleh Allah dan berapakah jumlah para Rasul?
38. Jumlah nabi kesemuanya adalah sebanyak 124 000 orang, manakala jumlah rasul kesemuanya adalah sebanyak 313 orang.

39. Sebutkan empat perkara yang berbeza rasanya, sedangkan ia keluar dari asal yang satu?
39. Jawapannya adalah dua biji mata, dua telinga, hidung dan mulut. Air dari dua biji mata dan hidung masin, air dari dua telinga pahit serta air dari mulut manis.

40. Sebutkan mengenai Naqir, Fatir dan Qitfir?40. Fatil adalah lengkuk di sebelah dalam kacang, Naqir pula lengkuk di sebelah belakang kacang manakala Qitfir adalah kulit luarnya.

41. Sebutkan mengenai Sabdu, Labdu?
41. Sabdu dan Labdu ialah bulu biri-biri ataupun kambing.

42. Sebutkan mengenai Thum dan Rhum?
42. Thum dan Rhum adalah umat yang terdahulu sebelum kejadian nabi Adam AS.

43. Ceritakan mengenai apa yang diakatakan anjing ketika menyalak, keldai sewaktu berbunyi, kuda sewaktu berbunyi, unta sewaktu berbunyi, apa yang diucap oleh beburung sewaktu berkicau, apa yang diucapkan oleh katak di dalam tasbihnya dan apakah dimaksudkan oleh loceng sewaktu dipalu?
43. Keldai berbunyi ketika ia melihat syaitan dan berkata; “Allah melaknat satu persepuluh”. Satu persepuluh adalah orang-orang yang meminta satu persepuluh daripada sesiapa sahaja yang ingin membuat urusan dengannya sama ada perniagaan, saham, ataupun sebagainya.
Anjing menyalak kerana ia berkata; “Celakalah bagi ahli neraka yang mendapat kemurkaan yang Maha Berkuasa”.

Kuda merengek kerana ia berkata; “Maha Suci Allah yang memeliharaku sewaktu dua musuh sedang berkelahi dan berbunuh-bunuhan”

Unta berbunyi kerana ia berkata; “Harapanku hanya pada Allah dan hanya kepada-Nya sahaja aku bertawakkal”

Katak berbunyi kerana ia mengucapkan; “Maha Suci Allah yang selayaknya disembah pada setiap yang terang dan tersembunyi serta Maha Suci Allah yang gagah perkasa”.

Beburung berkicau kerana ia berkata; “Maha Suci Allah di setiap pagi dan petang”.

Maksud loceng ketika dipalu ialah; “Maha Suci Allah yang Maha Benar dan hak. Lihatlah wahai anak Adam ke timur dan ke barat, tidak ada seorang pun yang hidup kekal di dunia ini”.

44. Ceritakan pula kaum yang mendapat wahyu dari Allah, sedangkan ia bukan dari kalangan jin, manusia ataupun malaikat?
44. Kaum yang mendapat wahyu dari Allah dan mereka bukan dari kalangan jin, manusia dan juga malaikat ialah lebah. Firmat Allah SWT:
Maksudnya:
Dan Tuhanmu memberi wahyu (ilham) kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia”. Surah An-Nahl : 68

45. Ceritakan pula ke mana perginya malam apabila siang dan siang sewaktu malam?
45. Dan yang terakhir ialah kedua-dua perkara ini amatlah berat dan rumit kerana hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

SELEPAS MENJAWAB KESEMUA SOALAN YANG DIBERIKAN, MAKA ABU YAZID MENGEMUKAKAN SATU SOALAN KEPADA KETUA SEGALA PADERI DAN PENDETA YAHUDI TERSEBUT.SOALANNYA IALAH; “CERITAKAN KEPADAKU MENGENAI KUNCI PINTU SYURGA DAN KUNCI PINTU LANGIT?” DAN MEREKA SEMUA TIDAK MAMPU UNTUK MENJAWABNYA. AKHIRNYA ABU YAZID BERPALING KEPADA KETUA MEREKA. LALU DIA MENGATAKAN BAHAWA, DIA TIDAKLAH TIDAK BOLEH MENJAWAB PERSOALAN ITU CUMA DITAKUTI JAWAPANNYA TIDAK DIPERSETUJUI OLEH PARA PENGIKUTNYA. LALU MEREKA SERAYA BERKATA MEREKA AKAN BERSETUJU DENGAN APA-APA JAWAPAN DARI KETUA MEREKA. MAKA KETUA MEREKA MENJAWAB; “ ANAK KUNCI PINTU SYURGA DAN LANGIT ADALAH KALIMAH SYAHADAH:
ﻻ ﺇﻠﻪ ﺇﻻ ﺍﷲﻤﺤﻤﺪ ﺮﺴﻮﻞ ﺍﷲ

KEMUDIAN MEREKA SEMUA AKUR DENGAN JAWAPAN KETUA MEREKA DAN KESEMUA MEREKA, TERMASUK KETUA YAHUDI ITU MEMELUK AGAMA ISLAM. Keseluruhan Rujukan: Qishashul Anbiyak Lil Arais m/s 485

Khamis, 23 Disember 2010

Proton Tuah



Nampaknya Proton menggunakan ruang Pameran
 Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 
2010 (KLIMS 2010) sebaik mungkin dengan memperkenalkan model baru yang diberi
 nama Proton Tuah.

Proton Tuah yang berkonsepkan sedan ini merupakan salah satu dari 5 model yang
 di pamerkan. Kesemua model ini diberi nama pahlawan melayu Melaka iaitu Tuah, 
Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu. 




Ada yang mengatakan bahawa Proton Tuah ini adalah model yang akan 
mengantikan Proton Persona di masa akan datang bagi menguasai segmen
 pasaran C bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga pasaran global.

Cuma masanya dan bila Proton Tuah ini akan dilancarkan belum di ketahui lagi. 




Grill bahagian depan ini nampak 'unik'. Biasanya grill untuk kereta Proton lebih 
kepada grill yang berjalur lurus.




LED diletakkan di headlamps dan fog lamp model ini untuk memberi pencahayaan
yang lebih pada siang hari mahupun ketika cuaca berkabus.   
Rim tayar kereta ini berjari 10 dengan saiz 18 inci dengan mengunakan tayar
 jenis 225/40R18. Sekali pandang macam generasi kedua Subaru Legacy.






Lampu bahagian belakang yang berkonsepkan jalur merah ini menampakkan 
ciri-ciri futuristik sebuah kereta masa hadapan. Ekzosnya pula ada 2  iaitu
 terletak di kiri dan kanan. 

Secara keseluruhannya memang model ini sesuai untuk kegunaan keluarga.
 Tak sabar nak tunggu bila model ini akan dipasarkan..

Proton Jebat



Proton telah menghasilkan 5 model kereta baru bercirikan masa depan. Setiap
 model dinamakan mengikut nama pahlawan melayu Melaka. 

Model yang diberi nama Proton Jebat ini yang di inspirasikan dari Mitsubishi
 Lancer Evolution dipamerkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur
 2010 (KLIMS 2010) baru-baru ini.


Pastinya bakal pemilik Proton Inspira teruja melihat model baru ini kan. Yelah
 dari dapat Proton Inspira yang ala-ala Lancer baik beli Proton Jebat ini
 yang ala-ala Lancer Evolution.

Tapi bakal pembeli Proton Inspira tidak perlu bimbang kerana tidak dapat di pastikan 
lagi sama ada model ini akan di pasarkan atau tidak. 



Kerusi di bahagian hadapan adalah kerusi berjenama Recaro yang di 
datangkan bersama jalur merah yang nampak garang.





Di hadapan dan belakang model ini dilitupi warna hitam sesuai dengan jalur
 hitam di bawah pintu bagi menampakkan ciri-ciri sebuah kereta racing.

Di tambah pula dengan spoiler di bahagian atas bonet memang nampak mengancam.

Apa pendapat anda tentang model Proton Jebat ini...

Proton Kasturi



Memperkenalkan inilah dia Proton Kasturi yang di adaptasi dari Proton Saga R3 
yang merupakan salah 1  dari 5 model yang dinamakan mengikut nama pahlawan
 melayu Melaka.

Model Proton Kasturi ini dipamerkan di KL International Motorshow 2010 
baru-baru ini bersama Proton Tuah, jebat, Lekir dan Lekiu.




Ini adalah pandangan dari hadapan model Proton Kasturi ini. Kelebaran model
 ini agak pendek sedikit kerana ia mengikut ukuran kelebaran Proton saga BLM. 

Secara kasar Proton Kasturi ini hampir sama dengan model Proton Sage
 R3 cuma tema Proton Kasturi ini adalah hitam dan putih.




Bukan sahaja permukaan luar Proton Kasturi sahaja bertemakan hitam dan
 putih tetapi juga ruangan dalamannya dari dashboard sehinggalah ke kusyennya. 

Meter Proton kasturi ini nampak ringkas tetapi yang pasti ianya membantu 
penglihatan pemandu melihat meter ketika cuaca gelap.






Terdapat lampu cahaya LED pada bahagian belakang model Proton Kasturi
 ini bagi membantu memberi pengcahayaan tambahan ketika cuaca berkabus.

Rimnya pula berjari 10 dengan saiz 18 inci. Dari jauh memang nampak
 mengancam sekali model ini. Secara purata, tak jauh beza Proton Kasturi ini
dengan Proton Saga R3. 

Cuma warna temanya hitam putih itu menampakkan seolah-olah model
 ini 'kereta zombie' pula.. 

Apa pendapat anda tentang model in....